KECELARUAN EMOSI & TINGKAHLAKU

Published December 31, 2011 by chenorzie

kecelaruan emosi dan tingkah laku merupakan salah satu jenis kekurangupayaan di mana keadaan yang menunjukkan satu atau lebih daripada ciri-ciri yang berikut dalam tempoh masa yang panjang dan  menjejaskan prestasi pendidikan pelajar seperti . Ketidakupayaan untuk:

-belajar
-membina hubungan sosial
-mudah rasa sedih dan tertekan
-menunjukkan simptom-simptom fizikal
-menghadapi masalah pembelajaran

SUMBER : (NICHCY.Categories of Disability Under IDEA.April 2009 )

CIRI – CIRI BAGI INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH TINGKAHLAKU ialah seperti

Sering bergaduh,Tidak boleh duduk diam, Memusnahkan harta benda, Mudah kecewa, MencuriPonteng kelas, Kerap berbohong, Pemalu, Mudah takut terhadap sesuatu, Melakukan kerja tergesa – gesa/kelam kabut,Agresif
CIRI – CIRI BAGI INDIVIDU YANG MENGALAMI MASALAH EMOSI ialah seperti
tumpuan mudah terganggu, jangka masa singkat (max 20s), tidak mudah mendengar arahan, resah, suka memendam perasaan, mudah rasa tertekan dan sedih
Daripada ciri -ciri di atas, agak sukar untuk menyatakan individu tersebut mengalami kekurangupayaan ini atau tidak disebabkan kekeliruan yang berlaku untuk mendiagnosis invidu tersebut….
Jika difikirkan, saya juga mungkin mengalami kekurangupayaan ini berdasarkan ciri – ciri yang dinyatakan berdasarkan pembacaan daripada jurnal – jurnal yang berwasid khususnya jurnal – jurnal daripada luar negara tetapi di luar negara juga tidak terdapat kajian terkini yang dilakukan disebabkan kekeliruan yang dialami…
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenis – jenis kekurangupayaan lain,anda boleh melayari laman web nih :
http://nichcy.org/
laman web sangat membantu saya dalam memahami dunia individu yang mengalami kekurangupayaan..mungkin anda juga akan mengalami pengalaman yang sama seperti saya…
SEKIAN😉

REFLEKSI MENGAPA SAYA MEMILIH PROFESION PERGURUAN SEBAGAI BIDANG KERJAYA DAN MENGAPA PENDIDIKAN KHAS????

Published October 4, 2010 by chenorzie

Salam satu Malaysia buat pembaca sekalian..Kerjaya merupakan titik kehidupan seseorang bagi menyara kehidupannya sendiri serta keluarga yang tercinta.Bagi setiap individu,bidang kerjaya adalah berbeza antara satu sama lain.Hal ini kerana minat seseorang adalah berbeza.Tidak terkecuali dengan saya.Saya menjadikan profesion perguruan sebagai bidang kerjaya saya kerana sejak dari kecil cita-cita saya ingin menjadi sorang guru,tetapi ketika itu saya tidak mengkhususkan pengkhususan apa yang saya ingin ambil kerana saya tidak didedahkan dengan cara yang betul tentang profesion perguruan ini.Apabila guru meminta saya untuk memberitahu apa yang saya ingin jadi ketika dewasa kelak saya dengan berkeyakinan akan menjawab”CITA-CITA SAYA IALAH INGIN MENJADI SEORANG GURU”.Walaupun bagi sesetengah orang berpendapat profesion ini tidak sepopular kerjaya doktor,peguam dan sebagainya,tetapi bagi saya kerjaya yang saya pilih ini adalah satu pekerjaan yang sangat sesuai dengan jiwa saya.Sewaktu saya masih bersekolah ayah saya inginkan saya menjadi seorang doktor tetapi malangnya saya tidak cukup layak untuk menjadi seorang doktor.Tambahan pula kerjaya sebagai seorang doktor bagi saya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar walaupun kerjaya sebagai seorang guru juga mempunyai tanggungjawab yang besar tehadap semua aspek kehidupan.Ini kerana guru menjadi tunggak utama dalam mendidik anak-anak bangsa.Profesion sebagai guru bagi saya sangat bagus untuk diri saya kerana menjadi seorang guru lebih-lebih lagi guru pendidikan khas akan mengajar saya untuk lebih menjadi sorang yang penyabar dan tabah walaupun sekarang saya rasa saya semakin penyabar orangnya walaupun bukan di tahap yang terbagus lagi.Profesion perguruan ini juga bagi saya dapat memberi pengalaman kepada saya dan juga memberi saya serba sedikit pengetahuan tentang sikap-sikap pelajar-pelajar khas.

Saya memilih bidang pendidkan khas disebabkan pelbagai faktor.Pada masa saya ingin mengisi borang ipta dulu,pada mulanya saya ingin memilih kos pendidikan seperti matematik,kimia atau biologi.Tetapi apabila saya memikirkan perkara itu sekali lagi dan tidak berkeyakinan bahawa saya akan memdapat kos tersebut,saya terus membuat keputusan untuk memilih sahaja kos pendidikan khas.Lagipun kos pendidikan khas ini memang kos yang sangat menarik bagi saya.Malah ibubapa saya juga gembira saya mendapat kos ini serta dapat melanjutkan pengajian dalam bidang ini di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.Pendidikan khas merupakan bidang pembelajaran yang sangat menarik minat.Saya dapat mengenali dengan lebih dekat pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tidak kira dari segi anggota badan dan juga masalah pembelajaran.Pada masa yang sama juga,saya terdorong untuk memilih kos ini kerana saya mempunyai saudara sebelah bapa yang mempunyai mana tergolong dalam golongan khas.Walaupun sudah menjangkau belasan tahun tetapi dari segi fizikalnya,saudara saya kelihatan seperti kanak-kanak.Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana melainkan dibantu oleh ibunya atau orang lain.Daripada saat itu lah timbul satu minat dalam diri saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai golongan-golongan khas ini.Di samping itu juga,sewaktu zaman persekolahan dulu,petang-petang apabila saya ingin melawat makcik saya,saya akan melalui sebuah sekolah pendidikan khas.Apabila melalui di depan sekolah tersebut,saya dapat melihat kanak-kanak khas ini bermain dengan gembiranya seolah-olah tiada masalah yang mencemburui mereka walaupun mereka tidak seperti kanak-kanak normal yang lain.Itu adalah serba sedikit tentang faktor-faktor mengapa saya memilih pendidikan khas sebagai bidang kerjaya saya.

SEKIAN SAHAJA CORETAN SAYA BUAT KALI INI (^_^)

  

keberkesanan penggunaan perisian rangsangan komputer atas kebolehan matematik kanak-kanak prasekolah

Published October 4, 2010 by chenorzie

Komputer kini menjadi alat yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah.Kanak-kanak mendapat pengetahuan matematik sama ada melalui kematangan persekitaran rumah dan tidak dipengaruhi oleh penggunaan komputer.Kanak-kanak  melalui umur yang kritikal dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan tahap  perkembangan mereka.Pembelajaran kanak-kanak merupakan satu proses aktif yang mana kanak-kanak akan mengubahsuai idea-idea baru atau konsep berasaskan pengetahuan sedia ada atau pengalaman yang lepas.Sebagai pendidik,guru merupakan individu penting ,perlu menyediakan diri dan memberi komitmen seratus peratus. 

hari raya di rumah che nordin bin che su dan azizah hamzah(my parents)

Published September 19, 2010 by chenorzie

sambutan raya tahun ni saya rasa tidak semeriah tahun-tahun yang lalu sebab keluarga saya telah berpindah rumah.Banyak kenangan indah di rumah dulu sebab selama 19 tahun kami sekeluarga diami rumah tersebut.Lupakan kenangan yang lalu.huhu.hhhhmmmm…kuih raya kakak saya beli je sebab ma saya tak sempat nak buat kuih sebab tak de sape yang nak tolong dye,klau nak harapkan adik saya yang sorang kat umah tu memang tak siap-siap la kuih raya.Pada hari raya yang pertama,kami sekeluarga menikmati sate dan nasi dagang.Ma saya memang terror membuat nasi dagang.Ni bukan nak menunjuk tapi memang kenyataan…hehe..Lepas tu kitorang pegi umah atuk dua-dua belah ma dan abah,makcik dan pakcik saudara belah mak saya.Pastu balik umah.LETIHNYA!!!!!!!!huhuhuhu..Hari raya seterusnya kitorang teruskan rutin di hari raya,ziarah rumah saudara,makan dan sebagainya….Wlaupun hari raya tahun ni saya rasa tak meriah tapi saya gembira sebab dapat berkumpul satu keluarga bergelak ketawa,tengok cerita hantu sama-sama..Pada masa yang sama juga,saya dapat berjumpa dengan sorang ‘ahli keluarga’ saya yang sudah lama kitorang tak jumpa..okey…sekian di sini saja coretan saya untuk kali ini(wlaupun coretan saya tidak menarik)hehehehe….salam